Ustaz Adnin Roslan
Ahmad Adnin bin Roslan, pengasas dan CEO Tarbiah Sentap, dilahirkan pada 23 Mei 1992 di Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan seorang suami dan ayah kepada dua anak. Pendidikan beliau merangkumi Maahad Tahfiz Al-Quran Hira, Sekolah Menengah Islam Hira, Akademi Ikatan Muslimin, Universiti Al-Azhar, dan Madinah International University (MEDIU). Beliau berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dalam 1 tahun 9 bulan, memperoleh 9A dalam SPM, dan mencatat 9 Mumtaz 1 Jayyid Jiddan dalam STAM. Sebagai seorang penulis, beliau telah menghasilkan 13 buku best-seller seperti Tarbiah Sentap, Momento, dan Pickup Line Dakwah. Selain itu, beliau juga aktif dalam mencipta lagu dan menulis, serta memiliki minat dalam bola sepak.
Naufal Isa
Naufal bin Isa adalah penyanyi, penceramah motivasi, penulis, dan ahli perniagaan yang berpengaruh. Beliau memiliki latar belakang pendidikan dalam Pengajian Islam di USAS dan Multimedia di UniKL MIIT. Sebagai penyanyi, beliau mencapai kejayaan dengan single "Cinta Sementara" yang menduduki tangga ke-19 di Carta Trending YouTube dan melebihi 1 juta tontonan, serta projek "The Truth" yang meraih lebih 4 juta tontonan. Beliau juga menghasilkan album "Cinta Sementara The Album" di bawah Tarbiah Sentap Records. Selain itu, beliau juga aktif sebagai penceramah motivasi dan pernah dijemput ke rancangan televisyen seperti RTM, TV Al-Hijrah dan TV3- Wanita Hari Ini (WHI) bagi program Selawat Viral 2022.
Rabithah
Rabithah adalah kumpulan nasyid yang terdiri daripada Ridhwan Rais, Mahdi Tholat, dan Ayman Hakimi. Mereka berada di bawah naungan Tarbiah Sentap Records dan telah meraih pelbagai pencapaian, antaranya menjadi Finalis Anugerah Nasyid IKIM 2019 serta tercalon dalam tiga teratas kategori Artis Nasyid Pilihan di Anugerah Nasyid Malaysia 2020. Lagu mereka, termasuk single "Dalil Cinta" yang pernah menduduki tangga ke-32 di carta Trending YouTube, telah mencapai lebih 60 juta strim dan tontonan di pelbagai platform digital. Rabithah juga terkenal melalui jemputan ke stesen televisyen seperti RTM, TV Al-Hijrah, Bernama, serta stesen radio IKIM dan Zayan. Lagu "Jalan Keluar" turut dipilih menjadi OST untuk drama "Kerna Syurga Bukan Percuma" di Astro Oasis.