MAHASISWA RABBANI, PEMANGKIN GENERASI MADANI
Syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnia dan nikmat-Nya dapat dianjurkan sebuah program iaitu Festival Bulan Kesenian Islam. Sebuah program yang menghimpunkan hiburan-hiburan islami untuk dinikmati oleh semua warga UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Insya-Allah. Bertemakan "Mahasiswa Rabbani, Pemangkin Generasi Madani", sebuah tema yang memberikan penekanan kepada 3 aspek utama iaitu Ruuhaniyah (kerohanian), Thaqafah (Keilmuan) dan Dakwah (Aktivisme). Kita bukan sahaja ingin melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja tinggi ilmunya (Thaqafah) tetapi juga mahasiswa yang tinggi nilai rohaninya (Ruuhaniyah) serta mahasiswa yang berbakti kepada komuniti (Dakwah). Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.